Your search results

BAHAYA BELI HARTA GUNA PROXY

Posted by NIZAM on May 2, 2019
| 0

Credit

Amira aziz

======================

BAHAYA BELI HARTA GUNA PROXY

Kak long si ibu tunggal nak beli rumah,  tapi rekod tak cantik,  guna nama ayah utk beli rumah.  Tiap bulan kak long yang bayar rumah tu.  Mak ayah duduk sekali dengan kak long. 

Bila ayah meninggal, tiada berlaku apa-apa urusan pusaka dibuat ke atas rumah yg diduki kerana beranggapan rumah tu kak long punya. 

Tiba masa kak long pun dijemput ilahi anak-anak kak long,  yg dah dewasa 2 org lelaki dan seorang perempuan mula menuntut hak masing2.  

Malangnya bila di semak geran rumah masih atas nama atok yg dah lama meninggal dunia.  Mengikut faraid,  rumah itu seharusnya menjadi bahagian waris faraid atuk iaitu termasuk nenek,  ibu dan ayah saudara juga.  Ha tak pasal2 anak2 berebut pemilikan terhadap rumah nan satu dengan ibu dan ayah saudara,  sedangkan ibu mereka (kak long) yang bayar rumah sejak daripada dulu kala.  

Ini adalah salah satu contoh isu beli rumah menggunakan proxy yg tidak diuruskan sebelum kematian. 

Kalau ada kenal rakan2 saudara mara atau diri anda sendiri yg ada guna kaedah proxy ni boleh buat perancangan perwarisan harta ketika hidup lebih afdhal utk memudahkan waris2.

Benda boleh rancang,  kenapa nak berebut? 

==================================

ORIGINAL POST

BAHAYA BELI HARTA GUNA PROXYKak long si ibu tunggal nak beli rumah, tapi rekod tak cantik, guna nama ayah utk beli…

Posted by Amira Aziz on Sabtu, 27 April 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  • Advanced Search

  • Our Listings

  • Mortgage Calculator

Compare Listings